Animasia Animation Studio

Animasia Animation Studio's Logo (White)

MDEC UMUM PEMENANG PERTANDINGAN KANDUNGAN KREATIF DIGITAL DI KRE8TIF! 2023

MoC 01

KUALA LUMPUR, Sept 28 — Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) mengumumkan pemenang dua pertandingan kandungan kreatif digital, iaitu Anugerah Kre8tif! Asia Tenggara dan Anugerah DigiCon6 Asia ke-25 – Sirkit Malaysia dalam program Kre8tif! 2023 yang berlangsung hari ini.

MDEC dalam satu kenyataan memaklumkan, Anugerah Kre8tif! SEA terus menjadi platform penting dalam meraikan kreativiti dan inovasi yang berkembang pesat dalam industri animasi Asia Tenggara.

“Ia merupakan satu platform khusus untuk mengiktiraf dan memberikan penghormatan kepada bakat yang luar biasa dalam industri dari rantau Asia Tenggara,” menurut kenyataan itu.

Acara itu telah turut mengetengahkan dua animasi pendek yang dihasilkan oleh studio animasi tempatan, iaitu ‘The 7th Night: MaoMao Revisits’ oleh Animasia Studio dan ‘The Horologist’ oleh Grim Film.

Sementara itu, MDEC sedang menganjurkan Ekspo Digital Malaysia 2023 (MDX 2023) selama enam minggu sehingga 8 Nov, bagi meraikan ekonomi digital Malaysia dan memperkasakan semua acara teknologi dengan penyertaan penceramah dari dalam dan luar negara, serta ahli panel daripada organisasi terkemuka, yang sedang berlangsung di seluruh negara.

Source: Malaysia Ministry of Communications