“Chuck Chicken – The Movie” tukar tarikh tayangan ke 2019

By Ashraf Nasser, Cinema Online, 10th August 2017

Pertukaran MoU oleh Pengarah Urusan Animasia, Edmund Chan dengan Pengarah Urusan Sasbadi,
Law King Hui disaksikan oleh CEO MDEC, Dato’ Yasmin Mahmood dan Timbalan Presiden (CCT) MDEC, Hasnul Hadi Samsudin.

10 Ogos – Filem animasi 3D “Chuck Chicken – The Movie” yang sebelum ini dijadualkan akan ditayangkan pada tahun 2018 telah ditunda kepada tahun 2019 oleh penerbitnya iaitu Animasia Studio dan Zero One Animation.

Perkara itu didedahkan oleh Pengarah Urusan Animasia Studio, Edmund Chan yang ditemui semalam ketika sidang media selepas pelancaran program Kre8tif! anjuran MDEC di Cyberjaya semalam.

“Atas nasihat rakan kongsi kami di China, kami akan menangguhkan dahulu untuk meriliskan filem “Chuck Chicken – The Movie” yang sepatutnya ditayangkan pada tahun hadapan kepada tahun 2019.

“Keputusan ini dibuat kerana kami mahu lebih ramai penonton mengetahui Chuck Chicken terlebih dahulu menerusi siri televisyen yang kini sedang disiarkan sebelum muncul dengan filem pula,” ujarnya.

Bercerita lanjut mengenai perkembangan proses pembikinan filem animasi 3D itu, Edmund memberitahu bahawa mereka sudah lebih 50 peratus siap dan kini sedang dalam proses untuk menghasilkan animasi.

Pada masa sama, pihaknya juga sedang menyiapkan musim kedua dan ketiga “Chuck Chicken” untuk tayangan tidak lama lagi.

Sementara itu, ketika acara Kre8tif! berlangsung pihak Animasia Studio telah menandatangani memorandum persefahaman bersama Sasbadi Sdn Bhd untuk kolaborasi.

Kolaborasi antara kedua-dua syarikat ini menyaksikan Sasbadi akan bertanggungjawab dalam menerbit, menyiar dan mengedarkan bahan cetakan dan memberi lesan penyiaran kepada pihak ketiga untuk “Chuck Chicken”.

Source: http://www.cinema.com.my/bm/articles/news_details.aspx?search=2017.n_chuckchickentukar_37061&title=-Chuck-Chicken-The-Movie-tukar-tarikh-tayangan-ke-2019#tCtLETZzLOXse8CO.97

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *